Pages

Subscribe:

Labels

Tuesday, March 29, 2011

PBS Ext Day

kalau yang lain da boleh bersenang lenang pada hari sabtu ni..kami tetap hadir ke sekolah untuk aktiviti gotong royong peringkat sekolah..huhu..murid2 pown ade datang juga tetapi mereka yang terlibat dengan olahraga, bola  jaring dan kelas tmbahan UPSR sahaja le..huhu..kami tetap dengan kerja linus tu la kn..cme kli ni kami lebih tertumpu pada kelas 1C dan 1G..dalam pkul 11 tu alhamdulillah keje kami sumenye siap dan kami mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan yang lain-lain kerana banyak membantu kami mempelajari sesuatu yang baru sepanjang PBS kami..bukan pada kerja yang diberikan tetapi mereka telah mengajar kami bahawa guru itu adalah seorang yang serba boleh dan sentiasa mampu melakukan apa jua perkara apabila disuruh. pada akhir pertemuan, kami abadikan waktu itu dengan mengambil gambar bersama mereka agar kenangan PBS kali ini akan kekal di dalam ingatan.

PBS Day 5

haha..akhirnya tibe jua hari Jumaat..
sesungguhnya hari ini yang dinanti2 oleh kami semua setelah da dianyam cukup2 oleh guru besar daripada 1st day kt sane..ari ni kami nampak berbeza daripada biasa apabila kami mengenakan pakaian baju melayu serba lengkap mengalahkan orang nak pergi menikah..haha..
macam biasa, ari jumaat dimulai dengan bacaan yassin dipimpin oleh guru2 di sana..
setelah tamat sahaja bacaan yassin, kami berenam dijemput untuk naik ke atas pentas bagi menerima cenderamata daripada sekolah.
of course kami rase tersentuh apabila kami diraikan sedemikian rupa walaupun sumbangan kami terhadap sekolah tidak seberapa..

PBS Day 3

ari ni kami beramai-ramai datang lewat ke sekolah buat pertama kalinya..haha..
yang merisaukan kami adalah bad impression daripada guru lain apabila kami datang lewat ni..
bukan kami sengaja lewat tapi da semua group member mengalami sakit perut pagi tu so tu yang wat kami lambat..haha..
tapi untuk hari yang ketiga ni agak kami tunggu2 kerana kami mendapat peluang untuk masuk ke dalam kelas..
even kelasnye pada pkul 9.45 pagi tapi kami da tggu dekat area kelas tu dari awal pagi lagi semata-mata nak masuk kelas tu kan..huhu..
kelas tu adalah 4 Gemilang..kami menggantikan En Zack yang terlibat dalam membawa murid pendidikan khas bermain boling..of course la kami xsia2 kan peluang yang ada untuk merasai sendiri pengalaman ini..huhu..

4 Gemilang memang terbaik kerana kehadiran kami jelas disambut oleh mereka..mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik sewaktu kami bersama mereka dan menjadikan keadaan berjalan lancar..padahal havoc xingat waktu tu..haha..

Thumbs up kepada murid 4G kerana support daripada mereka..

budak ni takut bile ditanye oleh shamil..hehe..

duk diam2 le~~

saya ada di dalam gambar..hoiyee..

PBS Day 2

mari kita belajar berkhemah..haha..

dengan cikgu sekali xreti pasang khemah..haha..

tulun aku..aku xreti2 lagi ni..


muka lapar je masing2..


bile la aku dapat merase duk seat merah tu ye..huhu..

PBS Day 1

21 Mac (Isnin)

Saya sudah bersedia ke sekolah~~


Fuhh..
da lame aku xbangun subuh ni..xtawla excited pasal PBS ni ke kan..xkre la janji aku xterlambat untuk ke sekolah ari ni..pkul 6.30 pagi tu juga kami membelah highway AMJ tu semata-mata xnak stuck dalam traffic jam..haha..akhirnya..pkul 7.00 kami selamat sampai ke Limbongan, Melaka juga..huhu..melangkah dengan penuh semangat ke SK Limbongan yang xjauh sangat daripada kampung Shamil..kehadiran kami disambut dengan baik sekali..Terima kasih kepada Guru Besar SK Limbongan kerana memperkenalkan kami kepada murid-murid dengan caranya yang agak cambest..haha..

Bukan kami sahaja yang berada di sana kerana ada pelatih daripada IPRM yang datang untuk menjalani PBS sama macam kami dan juga pelatih dari IPMM yang menjalani praktikum di sana..mula2 tu kami agak terpinga2 juga tentang apa yang harus dibuat..maklumla ape lect cakap awal2 dulu tidak diambil perhatian so ni la akibatnye..Tambahan pula kami xde approach guru2 di sane so bertambah clueless la kami jawabnye..huhu..

Tapi lepas je waktu rehat tiba2 kami semua dipanggil oleh guru besar..kami sendiri xtaw pe sebabnye so kami  tunjukkan diri kami padanya. tiba sahaja kami di satu pohon di kawasan padang, kami ditanya oleh guru besar apakah yang nampak berbeza lagi pelik yang ada pada pohon itu..so mata kami terus tertumpu pada tali
yang terpaut pada pohon tersebut lantas kami menjawab tali kepada guru besar..Kemudian, guru besar bertanya apakah cara yang sesuai untuk menurunkan tali tersebut dari pohon itu..dengan pantasnye kami menjawab, "panjat cikgu..huhu"..disebabkan jawapan yang bernas dari kami ini, kami disuruh memanjat pohon tersebut untuk menurunkan tali yang terpaut di situ..1st impression kami pada mulanya adalah disuruh menggantikan kelas yang tiada guru tetapi kami mendapat tugasan sedemikian pula..haha..Tp maklumla nama pun PBS kan so tanpa banyak cakap kami pown follow the instruction je la..haha..

ini lah gaya seorang guru yang sedia menerima sebarang tugas..chewwah..

PBS Day 0

Excited + nervy..
Itu la yang aku boleh gambarkan perasaan aku bile sebut pasal PBS ni..
Untuk 1st sem ni..aku pilih SK Limbongan, Melaka sebagai tempat aku menyiapkan tugasan PBS ni..
Aku bersame group member aku pilih sekolah ni sebab sekolah ni berdekatan dengan tempat tinggal ak @ kampung halaman Sheikh Shamil a.k.a group leader aku..
Lagipun, aku sebagai orang luar nak juga merasa life kat tempat orang kan..

20 hb Mac (Ahad)

Aku tibe berseorangan di rumah Sheikh Shamil bile die kate sume group member da berkumpul..
Aku pown bukan main bergegas lagi ke sane..Tp bile da sampai tu aku pown xterkate sebab seorang pown xsampai lagi..Tuan rumah siap baru lepas mandi lagi bile aku sampai tu..DAMN..Disebabkan aku da kene pedajal so aku rush pegi umah Syahmie kt Padang Temu untuk menjemput anak raja itu..haha..nasib baik bile aku sampai kat uma die, die da ready bagai dah..so kitorang gather balik kt uma Sheikh Shamil untuk mnunggu seorang lagi group member iaitu Khairul Azri aka Keon..

nervous mengenangkan PBS esok hari..haha..

Mane la yang lain2 ni wehh~~

Tga bosan2 menunggu tu, kitorang dapatla news yang agak menggemparkan lagi nak tergelak pown ade..Si Keon ni bole terlibat dalam kemalangan. Bukan ape..kete beliau tu baru je kuar workshop..nmpknye masuk bengkel lagi la jawabnye..walau pe pown..tabik toingg la kt member sorang tu sebab gagah lagi nak teruskan perjalanan ke Melaka..then kami beramai-ramai jemputla beliau kt Alai sebelum kami pulang semula ke rumah Shamil..

Ayah keon melihat kerosakan dari dekat..hehe..

kiss baek punye~~

Tuan kete tanye sape nak beli kete ni??nego RM 7500~~


Malam tu pula, kami decide untuk berkumpul bersame member2 lain yang same2 wat PBS kt Melake ni..antaranya platun Anas di Serkam dan platun Hakam di Alor Gajah..haha..bile da dapatkan kate putus daripada semua pihak..kami semua berkumpul untuk lepak bersame2 sambil tengok game Sunderland vs Lpool..Nasib baik Lpool menang malam tu so xla malu kami support kn..haha..
Nak stay lame lagi xboleh sebab kami nak bersedia ke sekolah utk 1st time esoknye..So pada pukul 12 mlm kami semua berpecah mengikut haluan masing2..chewwahh..